Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 15 March 2011

Me and my Lappy ^^

Produk kegunaan saya setiap hari dalam hidup saya adalah my komputer riba. Komputer riba saya berjenama Compaq Presario V3000. Komputer riba saya ini di beli oleh saya sendiri pada tahun 2008 iaitu pada awal semester. Sebelum saya membeli komputer riba ini, saya mencari banyak informasi tentang jenis-jenis komputer riba yang biasanya digunakan oleh pelajar IPT. Komputer riba adalah sejenis produk yang memerlukan penglibatan pembelian kualiti (high involvement). 

Oleh itu saya perlu mencari maklumat sebanyak mungkin sebelum saya mengambil keputusan untuk membeli sebuah komputer riba. Cara saya mendapatkan informasi tentang komputer riba ini adalah seperti bertanya kepada pelajar-pelajar senior dan juga membuat tinjauan di PC fair.Pemilihan komputer riba saya adalah bergantung kepada harga, saiz dan RAM yang ada pada sebuah komputer riba tersebut.

Selepas saya bergelar sebagai pelajar IPTA, saya akui yang saya tidak boleh hidup tanpa komputer riba. Hal ini adalah kerana bagi saya, komputer riba ini adalah satu medium yang saya gunakan untuk membuat segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah.  Selain itu, komputer riba saya juga adalah medium bagi saya dalam bersosial (facebook, berblogging, main game) dan sebagai medium hiburan iaitu sewaktu saya di kolej ataupun di rumah.

Saya mempunyai seorang adik yang masih belajar di UITM dan dia juga mempunyai sebuah komputer riba yang disarankan oleh saya sendiri. Jadi apabila kami pulang ke rumah pada cuti semester, televisyen tidak dibuka langsung. Hal ini adalah kerana adik-beradik saya lebih minat dalam melihat movie dalam komputer riba. Saya tidak boleh hidup tanpa komputer riba kerana komputer riba saya adalah alat terpenting bagi saya untuk mengisi masa lapang yang berfaedah serta mengeratkan lagi hubungan kami antara adik-beradik kerana kami bersama-sama berkongsi ilmu pengetahuan dalam menggunakan alat komunikasi ini.

p/s : Pembelian komputer riba bukan lagi satu kemahuan , tetapi satu keperluan... tQ ^^

Monday 14 March 2011

me and my blackberyy



Saya menggunakan Blackberry sejak tahun lalu. Jenis Blackberry saya adalah curve 8520 dan berwarna merah. Saya menggunakan Blackberry kerana ramai orang telah menggunakan Blackberry di negara saya tinggal, termasuk orang tua, keluarga saya dan teman-teman saya.

Blackberry adalah salah satu cara terbaik saya untuk berkomunikasi dengan orang tua, keluarga dan rakan-rakan sejak saya kuliah di UUM. Dengan menggunakan blackberry, saya tidak harus selalu menelefon atau sms kerana pada blackberry memiliki sebuah aplikasi bernama 'Blackberry Messenger'. Menggunakan blackberry messenger sangat mudah seperti menggunakan instant messaging seperti yahoo messenger ataupun instant messaging lainnya. Hanya menambah nombor pin dari Blackberry yang lain, setelah itu saya dan orang lain boleh berkaitan dengan mudah. 

Selain itu blackberry juga mempunyai aplikasi facebook untuk blackberry dan twitter untuk blackberry yang membolehkan kita untuk mengakses facebook dan twitter dalam cara cepat dan mudah. Selain itu ada aplikasi lain yang boleh diakses melalui blackberry dengan sangat mudah. Saya membeli blackberry dengan menggunakan tabungan saya sendiri. Oleh kerana itu Saya sangat mencintai blackberry saya ...

Blog sudah siap !!^^

Alhamdulillah, blog telah siap dibina untuk menjayakan assigment electronic advertising ini..^^
Harapan kami boleh menyiapkan assigment kami sebaik mungkin... insyaAllah.. chaiyok2!! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...